Jumat, 04 Maret 2011

GIGI PALSU

Gigi Palsu ( Dentur )
Gigi palsu juga dikenali sebagai dentur. Alat ini menggantikan gigi yang hilang. Kepadanan gigi palsu bergantung kepada tulang rahang dan gigi bersebelahan.





Bahan-bahan gigi palsu
Gigi palsu diperbuat dengan menggunakan bahan berikut :
  • Plastik (acrylic)
  • Logam (cobalt chromium)
Mengapa anda memerlukan gigi palsu ?
Gigi palsu mustahak untuk :
  • Menambahbaik paras rupa
  • Mengunyah makanan dengan baik
  • Bertutur dengan jelas
  • Mengurangkan sakit di sendi rahang
  • Mencegah gigi bersebelah condong ke ruang kosong kerana kehilangan gigi
  • Meningkatkan keyakinan diri
Pertama kali memakai gigi palsu
Memakai gigi palsu baru mungkin mengambil masa untuk penyesuaian.
Anda mungkin mengalami :
  • Perubahan pertuturan
  • Kesukaran mengunyah makanan
  • Pengeluaran air liur yang bertambah
  • Kelainan paras rupa
Petua untuk anda:
  • Mulakan makan dengan makanan yang lembut
  • Makanan dipotong kecil-kecil
  • Baca dengan kuat untuk beberapa hari boleh membantu masalah pertuturan. Pertuturan akan bertambah baik bila lidah dan otot mulut serasi dengan gigi palsu
  • Pelekat gigi palsu dapat membantu anda dalam tempoh penyesuaian gigi palsu baru.
  • Jangan pakai gigi palsu buat sementara waktu jika sakit. Bawa gigi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan.
Penjagaan gigi palsu
  • Cara - cara menjaga gigi palsu
Ingatan
Gigi palsu perlu diganti atau dilapik ( relined ) apabila longgar. Memakai gigi palsu yang longgar secara berterusan boleh melukakan gusi.

#* Gigi Bertukar Warna

Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bertukar warna ?
Gigi dikatakan mengalami perubahan warna jika warnanya tidak kelihatan seperti normal. Perubahan warna ini disebabkan oleh dua faktor:
  • Masalah semasa pembentukan gigi yang mana boleh menyebabkan warna gigi itu berubah. Ia dikenali sebagai perubahan warna intrinsik.
  • Benda asing yang melekat pada permukaan luar gigi selepas gigi tumbuh. Ia juga disebutkan sebagai perubahan warna extrinsik.
Apakah punca perubahan warna gigi?
Perubahan warna intrinsik boleh berlaku disebabkan oleh :
  • Kerosakan gigi (karies)
  • Pengambilan ubat tetracycline atau fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Kecederaan gigi
  • Masalah kesihatan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Masalah kongenital saluran hempedu
Perubahan warna extrinsik pula berlaku mungkin disebabkan oleh:
  • Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti zat besi
  • Bakteria dalam mulut.
Peringatan apabila mengambil antibiotik
Ubat tetracycline yang dimakan oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan warna gigi susu anak menjadi tidak normal.
Bagaimanakah perubahan warna gigi berlaku?
Warna gigi boleh bertukar menjadi:
  • coklat
  • hitam
  • hijau
  • kelabu kebiruan.
  • putih berkapur
Antara contoh gigi yang bertukar warna:
Gigi Bertukar Warna Gigi Bertukar Warna Gigi Bertukar Warna
Implikasi perubahan warna gigi
Kanak-kanak yang mempunyai gigi yang mengalami perubahan warna :
  • akan membesar dengan paras rupa yang kurang menarik
  • mempunyai kurang keyakinan diri
Bolehkah warna ini dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik mudah dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing) manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah gigi bertukar warna?
Untuk mengelak penstainan intrinsik:
  • Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
  • Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
  • Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
  • Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi.
Untuk mengelak penstainan ekstrinsik:
  • Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar